Wednesday, 15 May 2013

EXPLORACE: JOM CARI DAN MUSNAH

APA ITU EXPLORACE CARI & MUSNAH???

Explorace Cari & Musnah adalah satu aktivti Skuad Combi yang merupakan aktiviti gotong royong mencari dan memusnahkan tempat potensi pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan Demam Denggi.

Aktiviti Explorace yang dijalankan secara berkala setiap tahun bagi memastikan persekitaran yang bersih dan bebas tempat potensi pembiakan. Aktiviti dijalankan dengan initiatif Skuad Combi dan usahasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak.







Bagi amalan 'Cari dan Musnah' di kediaman sebagai rutin kehidupan, ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet


Di luar rumah:
- tong drum kosong atau tempayan
- pasu bunga atau alas pasunya dan takungan hidroponik
- tin-tin kosong dan tayar buruk
- kanvas dan semua jenis pelastik
- bekas minuman haiwan peliharaan dan polisterin
- longkang atau saluran air hujan di bumbung



Cara pembersihan untuk mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air)
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.
Jika kita inginkan persekitaran yang sihat dan tiada ancaman nyamuk aedes yang merbahaya, kita hendaklah memastikan persekitaran rumah kita sentiasa diperiksa dan dibersihkan.

Harap anda mendapat sedikit informasi dari post ini dan mengamalkannya. 


JUMPA LAGI!

No comments:

Post a Comment