Tuesday, 14 May 2013

COMBI PADANG KUNYIT, GERIK

Assalammualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia. 
jutaan terima kasih diucapan sebagai tanda penghargaan kerana sudi singgah ke blog kami. 
ingin kami memperkenalkan diri kumpulan kami iaitu kumpulan COMBI Padang Kunyit, Gerik. 
mungkin ada yang masih tidak berapa pasti di mananya terletak pekan Gerik ini. mari kami bawa anda mengenali pekan Gerik sebelum mengenali apa itu COMBI dan seterusnya mengenali lebih mendalam mengenai COMBI Padang Kunyit. 

Gerik di negeri Perak merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik sama ada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia.

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).
Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
*dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, pusat membeli belah, serta kawasan-kawasan perumahan baru telah wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.
Kalau anda bernasib baik, anda tidak perlu pergi ke Zoo untuk melihat gajah dengan jarak yang dekat, kerana di Gerik terutama di jalanraya yang menghubungkan Gerik ke Kota Bharu, anda boleh lihat gajah atau sekumpulan gajah di tepi jalan atau melintasi jalanraya tersebut.

okey, cukup mengenai Gerik, kalau nak tahu lebih, mari la singgah Teroka Perak ke Daerah Hulu Perak melawat Gerik dan seterusnya ke Hutan Belum. memang best! pengalaman yang pasti anda tidak dapat lupakan =)

COMBI??
APA ITU COMBI??


Program ini merupakan program dibawah Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak. COMBI adalah singkatan kepada Communication for Behavioral Impact yang membawa maksud Komunikasi Untuk Mengubah Tingkah Laku.  Program COMBI ini merupakan satu program khas melibatkan penyertaan daripada penduduk yang tinggal di kawasan lokaliti wabak demam denggi. Tujuan program adalah bagi mengaktifkan penduduk setempat melakukan sendiri langkah – langkah pencegahan denggi iaitu mencari dan menghapuskan tempat – tempat pembiakan nyamuk Aedes. Diharap dengan berjalannya program seumpama ini dapat memberi pendedahan dan melatih penduduk serta mencegah wabak denggi daripada merebak.




COMBI Padang Kunyit adalah salah satu kumpulan COMBI di bawah naungan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak. Skuad Combi Padang Kunyit di tubuhkan 13-1-2011kami berpusat dan beroperasi di Kampung Padang Kunyit yang terletak kira- kira 1KM dari Pekan Gerik. Kg Pdg Kunyit adalah sebuah kampung tradisi dan tidak di bawah selenggaraan Majlis Daerah Gerik, oleh itu program seperti ini amat memberi manfaat kepada penduduk dalam menjaga persekitaran bersih , bebas denggi & sihat.

Surau Kg Pdg Kunyit yang merupakan pusat aktiviti penduduk


Sekitar Kg Pdg Kunyit

Skuad COMBI Pdg Kunyit terdiri dari 19 org AJK dan bilangan ahli yang semakin bertambah.

Carta Organisasi Skuad Combi Padang Kunyit

Ahli lelaki Skuad Combi Padang Kunyit

Ahli wanita Skuad Combi Padang Kunyit

Untuk pengetahuan anda Skuad Combi Padang Kunyit adalah kumpulan yang aktif dan proaktif. 
Bagi mengikuti kisah lebih lanjut mengenai skuad kami, sila lah ikuti blog kami. 
JUMPA LAGI!

No comments:

Post a Comment