Wednesday 15 May 2013

KONVENSYEN COMBI PERINGKAT NEGERI PERAK 2013

Pada 27-4-13, Skuad Combi Padang Kunyit telah mewakilkan daerah Hulu Perak di dalam Pertandingan Poster bagi Konvensyen Combi Peringkat Negeri Perak 2013. Manakala pertandingan lisan telah diwakili oleh Combi Hospital Gerik. Majlis telah berlangsung di Kuala Kangsar. 
suasana di Kuala Kangsar - demam bendera pilihanraya


sesi perbentangan poster oleh Pengerusi Combi En Sadri serta Puan Roszulsalme

Bersama pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak


Alhamdulillah, Skuad Combi Padang Kunyit telah berjaya memenangi tempat PERTAMA dan mewakili negeri Perak bagi peringkat Kebangsaan pada 18-19 Mei 2013 di Gambang, Pahang


Tahniah! 
Semoga pulang dari Gambang dengan kejayaan!

JUMPA LAGI!

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN TANAMAN HERBA &ULAM ULAMAN

Sebagai salah satu langkah bagi mengekalkan persekitaran Kampung Padang Kunyit sentiasa bersih dan ceria, pada 28-2-12 satu pertandingan diadakan dan semua kediaman di kampung telah dijemput menyertainya iaitu 'PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN TANAMAN HERBA &ULAM ULAMAN' dengan usahasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Majlis Daerah Gerik dan Jabatan Pertanian.


Pertandingan menumpukan kepada tahap kebersihan iaitu pengamalan pembuangan sampah dan sisa kebun yang betul serta cara penanaman tanaman yang betul agar bebas tempat potensi pembiakan. Di samping itu, lanscape tanaman yang ceria juga akan dinilai serta keunikan jenis jenis tanaman herba yang telah ditanam.


Pertandingan juga telah diwujudkan memandangkan latar belakang penduduk yang sememangnya gemar berkebun , terdapat banyak kawasan lapang serta bagi ingin meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kampung

Penjurian sedang di jalankan oleh pihak PKD Hulu Perak, Majlis Daerah Gerik serta Jabatan Pertanian



Kawasan rumah terbiar yang turut dijadikan tapak tanaman




Pemenang Johan Pertandingan


'PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN TANAMAN HERBA &ULAM ULAMAN' ini adalah merupakan pertandingan tahunan Kg Padang Kunyit dan pada 2012 sebanyak 37 buah rumah telah bertanding. Semoga pada tahun 2013 lebih banyak buah rumah dapat menyertai pertandingan ini bagi menceriakan lagi suasana kampung

JUMPA LAGI!






EXPLORACE: JOM CARI DAN MUSNAH

APA ITU EXPLORACE CARI & MUSNAH???

Explorace Cari & Musnah adalah satu aktivti Skuad Combi yang merupakan aktiviti gotong royong mencari dan memusnahkan tempat potensi pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan Demam Denggi.

Aktiviti Explorace yang dijalankan secara berkala setiap tahun bagi memastikan persekitaran yang bersih dan bebas tempat potensi pembiakan. Aktiviti dijalankan dengan initiatif Skuad Combi dan usahasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak.







Bagi amalan 'Cari dan Musnah' di kediaman sebagai rutin kehidupan, ia mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Antara tempat-tempat yang menjadi potensi pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah kita adalah:

Di dalam rumah:
- talam peti sejuk
- pelapik rak pinggan
- perangkap semut
- kolah air mandi
- pam tandas
- mangkuk tandas yang rosak
- baldi atau bekas bunga di atas meja atau kabinet


Di luar rumah:
- tong drum kosong atau tempayan
- pasu bunga atau alas pasunya dan takungan hidroponik
- tin-tin kosong dan tayar buruk
- kanvas dan semua jenis pelastik
- bekas minuman haiwan peliharaan dan polisterin
- longkang atau saluran air hujan di bumbung



Cara pembersihan untuk mengelakkan demam denggi:
1. Hapuskan nyamuk aedes dewasa. Gunakan racun penyembur serangga di rumah.
2. Semburan kabus (fogging) untuk semburan kabus yang berkesan. Orang ramai perlu memberi kerjasama dan membenarkan petugas menyembur kabus di dalam rumah.
3. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate ke dalam semua bekas menyimpan air tiga bulan sekali. (satu sudu = 10 gram untuk 20 gelen air)
4. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.
5. Salin air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu dan cuci serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
6. Buang air dari piring alas pasu dari masa ke semasa dan berus piring itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.
7. Tanam semula semua benda atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, tempurung kelapa, kulit buah koko dan lain-lain.
8. Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
9. Pastikan tayar-tayar buruk atau tak terpakai tidak menakung air.
Jika kita inginkan persekitaran yang sihat dan tiada ancaman nyamuk aedes yang merbahaya, kita hendaklah memastikan persekitaran rumah kita sentiasa diperiksa dan dibersihkan.

Harap anda mendapat sedikit informasi dari post ini dan mengamalkannya. 


JUMPA LAGI!

Tuesday 14 May 2013

COMBI PADANG KUNYIT, GERIK

Assalammualaikum, salam sejahtera & salam 1 Malaysia. 
jutaan terima kasih diucapan sebagai tanda penghargaan kerana sudi singgah ke blog kami. 
ingin kami memperkenalkan diri kumpulan kami iaitu kumpulan COMBI Padang Kunyit, Gerik. 
mungkin ada yang masih tidak berapa pasti di mananya terletak pekan Gerik ini. mari kami bawa anda mengenali pekan Gerik sebelum mengenali apa itu COMBI dan seterusnya mengenali lebih mendalam mengenai COMBI Padang Kunyit. 

Gerik di negeri Perak merupakan bandar yang terletak di tengah-tengah perjalanan dan kedudukannya amat strategik sama ada anda dari arah utara, timur, selatan atau barat Semenanjung Malaysia.

Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang bernama Gerik itu masih diliputi hutan belantara dan masih terletak bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun 1870, beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai, lalu meneroka hutan di kuala sungai tersebut bagi dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok 'Ad (Tok Sa'ad).
Tidak berapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Baginda mendengar cerita bahawa tidak jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang ganjil terbit dari perdu serumpun buluh. Baginda memerintahkan supaya dipagar keliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orangnya menggali di situ untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan sedang menggerit umbi buluh. Oleh kerana umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.
Raja Reman telah menamakan tempat itu Kampung Gerit. Sebutan 'Gerit' itu telah digunakan beberapa lama dan kemudiannya sebutan dan ejaannya diubah daripada 'Gerit' menjadi 'Grik', kemudian menjadi 'Gerik' seperti yang digunakan sekarang.
*dekan : sejenis haiwan seakan-akan tikus; masih boleh ditemui di hutan Belum.

Sekarang Gerik telah membangun dengan pesat dan banyak kemudahan, bangunan-bangunan kedai, pusat membeli belah, serta kawasan-kawasan perumahan baru telah wujud. Gerik terletak di tengah-tengah lebuh raya yang menghubungkan Butterworth dan Kota Bharu.
Kalau anda bernasib baik, anda tidak perlu pergi ke Zoo untuk melihat gajah dengan jarak yang dekat, kerana di Gerik terutama di jalanraya yang menghubungkan Gerik ke Kota Bharu, anda boleh lihat gajah atau sekumpulan gajah di tepi jalan atau melintasi jalanraya tersebut.

okey, cukup mengenai Gerik, kalau nak tahu lebih, mari la singgah Teroka Perak ke Daerah Hulu Perak melawat Gerik dan seterusnya ke Hutan Belum. memang best! pengalaman yang pasti anda tidak dapat lupakan =)

COMBI??
APA ITU COMBI??


Program ini merupakan program dibawah Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak. COMBI adalah singkatan kepada Communication for Behavioral Impact yang membawa maksud Komunikasi Untuk Mengubah Tingkah Laku.  Program COMBI ini merupakan satu program khas melibatkan penyertaan daripada penduduk yang tinggal di kawasan lokaliti wabak demam denggi. Tujuan program adalah bagi mengaktifkan penduduk setempat melakukan sendiri langkah – langkah pencegahan denggi iaitu mencari dan menghapuskan tempat – tempat pembiakan nyamuk Aedes. Diharap dengan berjalannya program seumpama ini dapat memberi pendedahan dan melatih penduduk serta mencegah wabak denggi daripada merebak.




COMBI Padang Kunyit adalah salah satu kumpulan COMBI di bawah naungan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak. Skuad Combi Padang Kunyit di tubuhkan 13-1-2011kami berpusat dan beroperasi di Kampung Padang Kunyit yang terletak kira- kira 1KM dari Pekan Gerik. Kg Pdg Kunyit adalah sebuah kampung tradisi dan tidak di bawah selenggaraan Majlis Daerah Gerik, oleh itu program seperti ini amat memberi manfaat kepada penduduk dalam menjaga persekitaran bersih , bebas denggi & sihat.

Surau Kg Pdg Kunyit yang merupakan pusat aktiviti penduduk


Sekitar Kg Pdg Kunyit

Skuad COMBI Pdg Kunyit terdiri dari 19 org AJK dan bilangan ahli yang semakin bertambah.

Carta Organisasi Skuad Combi Padang Kunyit

Ahli lelaki Skuad Combi Padang Kunyit

Ahli wanita Skuad Combi Padang Kunyit

Untuk pengetahuan anda Skuad Combi Padang Kunyit adalah kumpulan yang aktif dan proaktif. 
Bagi mengikuti kisah lebih lanjut mengenai skuad kami, sila lah ikuti blog kami. 
JUMPA LAGI!